Monday, December 3, 2012

ohmaiii

Avenged Sevenfold
Muse
Epica
Rage Against The Machine
System Of A Down
Black Sabbath
Good Charlotte
Asking Alexandria
Alesana
The Cake
Billy Talent
Children Of Bodom
My Chemical Romance
Panic At The Disco
Arctic Monkey
The Strokes
The Prodigy
Nightwish
Sum41
Radiohead
Nirvana
Green Day
Linkin Park
Jack Black
Ingat dia → nak text → fikir balik → dia dah bahagia tanpa kita → baca mesej lama → rindu → pejam mata → jatuh air mata :')



ambik dekat facebook. rasa nakkk sangat post menatang ni. sebak, kan? 

*i can be gediks sometime

Tuesday, November 13, 2012

Aku terlalu kuat berkhayal

Pernah tak pernah tak, rasa macam nak 

1) Jadi halimunan dan ngintai orang yang kita nak intai.

2) Terbang ke satu tempat ke satu tempat.

3) Cakap atas pentas macam pentas tu abah kita punya dan penonton penonton tu semua lembu dan haiwan ternakan jiran kita.

4) Jawab matematik dan Strength Of Material atau Kimia dengan lajunya macam dalam cerita omputih dimana budak nerd lebih penting dari pihak polis. eh?

5) Bila berjalan, semua benda yang kita nak akan terpelanting kat kita ikut kehendak otak. Contohnya neck tie. Eh aku tak pakai neck tie. Ehm, duit. boleh?

6) Bela doraemon?

7) Masa terhenti dan kita boleh buat apa yang kita nak. Aku nak.. aku nak.. muehehehehehe

8) Apa yang kita teka selalu tepat dan kita pun jawab "eh mana ada bijak, aku teka ja hehe *gosok gosok kepala malu malu"

9) Update blog tapi tiba tiba nak terberak macam tiada hari esok.


Monday, November 12, 2012

Final o final

Final lagi beberapa hari aku tak study lagi. Cantik tak pantun aku? Ewah salam tak bagi nak buat main main pasal final. 

Assalamualaikum~

19/11 ni present projek secara habis habisan. Report nak jugak. Panel nak jugak. Ini PDD.

PD? tak nampak rupa lagi. Folio, panel, report, present. oh my.. 

Sekarang ni aku dalam study week. Project manager group PDD aku a.k.a Alang tengah ada masalah. Kesian dia, clash ngan awek sampai tak nak makan tak nak hidup pun aku tengok. Aku pesan sama itu pendek a.k.a Zack suruh jaga dia supaya tak masuk paper kang bunuh diri pulak. Zack cakap dia dah ikat Alang kat katil. Err ok bagus, advanced gak pendek ni. Risau aku. Dia sayang gila dengan awek dia. Yang setangnya pempuan tu ah hati cap batu karang tak nak dengar lansung nasihat orang.

Tak apa. Kena kat dia nanti baru dia rasa.

Harapan aku agar projek ni siap hanya bersemi kat Edi. Edi pulak balik Terengganu setelkan lampu beliau. Yan? Din? Aduss. Takkan aku pulak nak siapkan projek tu. Aku dah ada report beratus ms pun tak tertanggung azabnye. 

Kelmarin, aku keluar pegi Segamat nak tengok Istanbul Aku Datang dan jugak beli Big Apple sebab kempunan kalahkan orang mengandung dah. Ok. Dalam perjalanan nak sampai Segamat you know what? Bas aku naik hampir terbalik gara gara sebutir Mpv cuba buat gila. Terasa separuh nyawa aku dah melayang layang macam kertas tisu kat kafe Yon Peng yang nipisnya senipis kulit bawang. Kalau aku mati gara gara Big Apple, boys, you better appreciate  my donuts kay?

Dah kenapa ni Mahirah? Nak final pun ada hati nak ber-Istanbul-Aku-Datang lagi? 

Dah, dah. Jom mandi kawan kawan. 

Friday, August 24, 2012

Blog dan aku

Blog aku sumpah jakun!
Apa barang weh template pakai daun buluh?

Tengok budak budak SWAG diluar sana, semuanya blog dah ada skin,skin pulak bukan sebarang skin,siap bercorakkan kain pelikat raya bapak sendiri lagi. Komen Tyka Atika. Cursor pun bentuk misai dan motorsikal. Aku? Aku?

Kadang kadang bila bukak blog sendiri aku gelak hilai hilai setengah mati kerana blog aku sangat Muadzam Shah.
Tahu apa tu Muadzam Shah? Ha, tanya budak budak poli muadzam shah, mesti mereka ada jawapanya. Dahtu cuba tengok tepi tu. Bukan tangan kedada mata keatas. Tu mata kekiri. To the left to the left. Konon konon nak bubuh lagu lah, sekali bukak lagu tak jalan, yang jalan lampunya sahaja dah macam lampu radio kereta dah aku tengok. Orang zaman sekarang mana pakai lagu dah, orang pakai letak radio ja weh. Bila bukak blog sendiriik boleh senyum sorang sorang sebab blog sendiri dah macam laman web Jakim, ada radio. *eh ya eh?

Yalah.. aku blogger zaman jepun dulu tuh, mana kenal skin skin semua ni. Dah lama aku tinggal blog, sekali nak bukak, kan dah tersign up pakai email baru. Tak sengaja sangat sangat haha.

Oklah aku nak mengarut sorang sorang ja actually. Mak aku panggil makan nasik dah tuh, lambat habis plak dirembat musang. Babai seyusun :-)

Bowling dan raya

Hehe, haritu, ehem, kelmarin 23/8/2012 aku main bowling dengan kawan kawan sekolah rendah, alang, akmal, nurul, alin, liana ngan aida. tapi yang main sikit ja. Ala, bagi hilang ketagih. Lagipun dah lama tak jumpa. Hehe. Aku dapat nombor dua. Often taw! Kihkih. Walaupun bowling aneka macam tahi kualitinya, tapi macam aku tulis diatas, setakat nak lepas gian bolehla. 


skor yang tak menipu. Sukar nak diakui Alang kidal tapi terror :/
Nurul yang pakai jubah pun hampir hampir mengalahkan aku. 
   
Bahaya bahaya, so aku merubah diri aku ke bentuk yang lebih light, iaitu bentuk ipar duai Inuyasha *sila rujuk gambar dibawah. Lalu aku menang. *Alhamdullillah 


Thursday, August 23, 2012

Sila rujuk tarikh raya


Well today I'm cirited.
Ah cut that crap.

As everybody know, just more 3 days left for me being here. Dan tak lama lagi aku akan menghabiskan sepenuh sisa hidupku berusia 1 minggu di Kedah syurga duniaku. Well, raya kan? *senyum senget kejit mata.
Hurm, hell yeah, dah nak raya nampaknya dah nak genap sebulan aku, kau, dia, mereka, kekasih lama, ehm, berpuasa.

*Skip


Duduk di sini, sini, sini, maksud aku dekat politeknik ni, buatkan aku rasa macam macam. Susah nak tafsir. Aku pun pelik dan tertanya, macam mana kejap aku boleh rasa bahagia dan pada masa yang sama rasa dendam dan marah. Aku rasa sunyi kat sini. Serius sunyi.
Walaupun kawan kawan ramai, assignment pun meriah, aku tetap rasa sunyi.
Tahla aku pun tak paham dengan diri aku. Aku tulis ni pun aku rasa serabut. Aku perlukan mak. I feel bad being here. Jiwa aku gundah gulana. Aku selalu rasa tak lengkap walaupun ada yang melengkapkan. Aku rasa apa yang aku lalui kat sini, kehidupan aku, aku rasa kosong dan penuh kepura-puraan. Pergi kelas tapi macam satu pun aku tak paham. Kenapa eh?


Pelik. Semester ni lah aku rasa macam ni. Macam aku asyik ulang, ulang, ulang dan ulang, semester ini merupakan semester yang maha susah. Susah bangat. Kelas Strength Of Material aku macam orang buta cuba ambil gambar. See? Kelas PD nak melukis. Kelas PDD nak buat projek. Projek, projek, dan projek.  Kelas Material Technology nak menghafal apa apa apa benda tu.  Aku tah tahu aku boleh bawak atau tak. Allah, give me strength.


*dipendekkan cerita si penulis telah mendapat hidayah dan makin mendekatkan diri kepada Allah.
AKU AKAN BERUSAHA SEMESTER NI. AKU AKAN BUKTIKAN KEPADA SEMUA  AKU BOLEH. OH YEAHH.


Tapi, dari mana aku nak dapatkan kekuatan tu? T_T

nampak dak aku gila tu nenonenoneno

Wednesday, July 18, 2012

Creep

When you were here beforeCouldn't look you in the eyeYou're just like an angelYour skin makes me cry
You float like a featherIn a beautiful worldI wish I was specialYou're so fucking special
But I'm a creep, I'm a weirdoWhat the hell am I doing here?I don't belong here
I don't care if it hurtsI want to have controlI want a perfect bodyI want a perfect soul
I want you to noticeWhen I'm not aroundYou're so fucking specialI wish I was special
But I'm a creep, I'm a weirdoWhat the hell am I doing here?I don't belong here
She's running out the doorShe's runningShe run, run, run, runRun
Whatever makes you happyWhatever you wantYou're so fucking specialI wish I was special



This song represented about my life since ever

Perayuan Ikhlas Dari Hati Ho-Ho

Apa salah saya? Kalau saya ada salah tolongla cakap jangan buat saya tertanya tanya. It's bugging me like hell. :'( Kalau anda dah cakap maka bolehla saya ubah perangai saya yang anda tak suka sebab saya akan meminta sedekah dari anda sampai sem 6 nanti. Berkat dari anda sangat saya perlukan. Harap anda baca.

Saturday, July 14, 2012

Well, aku dah masuk sem 3 setelah hampir dua bulan bercuti goyang kaki makan tidur dekat rumah. Sepanjang dua bulan cuti aku terfikir macam macam benda entah apa apa yang aku buat. Sungguh memalukan. Yerk. Dah dah tutup buku lama bukak buku baru.

Sem 3 aku daftar di poli 11/7. Aku expect nak dapat bilik 2 orang aras paling bawah oh yeah bahagia sungguh. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, aku dapat bilik paling atas which mean aras 4 di puncak gemilang mahakarya cinta blok 3. Penat tak penat nak mendaki sambil bawak beg yang banyak sampai menggigil tangan jugaklah. Dahla barang aku dengan Tykah agak banyak dan berat. So agak sehari jugakla kami mengangkut barang barang dari aras bawah naik atas.


Eh-eh not bad duduk aras atas ni. Aras ni banyak budak mekanikal. sebelah bilik aku pun bilik Pia Torya. Basuh baju guna tangan hell yeah mesin basuh tak ada apa kau harap? Ha-ha. Udahla pantry jauh menambah lagi nisbah kemalasan aku nak basuh pinggan. Jangan salahkan aku jangan salahkan aku. Line internet pun macam dapat tak dapat ja. Facebook aku jahanam. Agak bahagia sem 3 ni nampaknya. Hmm ni baru permulaan :)


Kenapa ayat aku tunggang langgang?

Friday, June 22, 2012

budak yang berubah

Adala budak tu. Dia cuti 2 bulan jadi dia menjadi seorang penyangak berkaliber di kampungnya.Bangun entah pukul berapa dah bangun online memanjang mandi pun jarang jarang dan kadang kadang. Emaknya dah tak larat nak menasihatinya agar bertaubat dan mandi di awal pagi setiap hari supaya tidak berlaku komplikasi serangan jantung atau demam denggi *tak ada kena mengena cuma nak dramatik sikit. Tapi beliau hanya membalas dengan kata kata nista eh tipu tipu mana ada dia cuma menjawab "Ala mak ni relax la awal lagi nanti besok besok orang mandila.." 


Emaknya hanya mampu menggeleng kepala tanda sudah puas hati dengan jawapan anaknya itu. Tetapi emaknya masih belum mengalah " Nanti sakit demam baru tau jangan cari mak nak pulak nak ngadu" Si anak hanya tersenyum dan berfikir dalam otak "Eh aku rasa dalam rumah ni aku la paling sihat, abang aku ada resdung, adik aku penah ada demam kuning waktu kecik kecik dulu, mak aku kena pakai spek sebab matanya tak jelas, ayah aku pernah ada batu karang. Hi hi hi. Maknanya aku paling sihat, aku jarang demam, sakit kepala pun jarang walaupun selalu tidur lambat dan tidur banyak waktu siang. Hik hik." Ketawanya dalam hati dengan megahnya tanpa berfikir ALLAH mampu mendatang sakit dan sihat dalam sekelip mata. 


Esoknya dia bercadang untuk menghabiskan masa cutinya dengan melakukan perkara sia sia yakni menonton movie movie yang didownloadnya secara haram. Dan seperti biasa, dia tidak mandi dahulu, mandinya hanya pada pukul 7 petang eh sungguh teruk perangai budak itu ya. Sama sama kita doakan dia kembali ke jalan yang benar. 


Tiba tiba dia berasa sesuatu di kepalanya yang tak dapat dia terjemahkan untuk tontonan awam. Dia berasa seperti emaknya yang selalu menumbuk sambal belacan menggunakan lesung batu untuk menumbuk otaknya secara bertubi tubi, rasanya juga seperti urat urat kepalanya ditarik tarik dan dikumpulkan seperti benang kusut. Dia menekan nekan kepalanya dengan kuatnya sambil merintih kesakitan keseorangan ditemani kucingnya Taim (nama sebenar) Kesakitan itu berkekalan sampai kepetang.


Dipendekkan cerita, tanpa perlu bertanya kepada ibunya, dia seakan tahu sendiri bahawa sakit kepala yang datang tiba tiba itu adalah kerana tabiatnya yang suka mandi lewat. Keesokan harinya budak itu pun berubah menjadi anak yang rajin mandi awal dan mendengar kata kata ibunya. Tak cukup dengan itu, dia turut rajin berkebun menanam poko jagung dibelakang rumah. Katanya nak makan pada hari raya nanti. 


The End

Monday, June 18, 2012

yan kawanku

aku ada kawan baik. nama dia yan. aku tak penah jumpa kawan sebaik dia. haritu aku dapat poli aku nangis satu malam sebab aku tak pernah duduk jauh dengan dia. hik hik sunguh gedik.

sekian terima kasih :)
nilah dia. cantik kan?