Friday, August 24, 2012

Blog dan aku

Blog aku sumpah jakun!
Apa barang weh template pakai daun buluh?

Tengok budak budak SWAG diluar sana, semuanya blog dah ada skin,skin pulak bukan sebarang skin,siap bercorakkan kain pelikat raya bapak sendiri lagi. Komen Tyka Atika. Cursor pun bentuk misai dan motorsikal. Aku? Aku?

Kadang kadang bila bukak blog sendiri aku gelak hilai hilai setengah mati kerana blog aku sangat Muadzam Shah.
Tahu apa tu Muadzam Shah? Ha, tanya budak budak poli muadzam shah, mesti mereka ada jawapanya. Dahtu cuba tengok tepi tu. Bukan tangan kedada mata keatas. Tu mata kekiri. To the left to the left. Konon konon nak bubuh lagu lah, sekali bukak lagu tak jalan, yang jalan lampunya sahaja dah macam lampu radio kereta dah aku tengok. Orang zaman sekarang mana pakai lagu dah, orang pakai letak radio ja weh. Bila bukak blog sendiriik boleh senyum sorang sorang sebab blog sendiri dah macam laman web Jakim, ada radio. *eh ya eh?

Yalah.. aku blogger zaman jepun dulu tuh, mana kenal skin skin semua ni. Dah lama aku tinggal blog, sekali nak bukak, kan dah tersign up pakai email baru. Tak sengaja sangat sangat haha.

Oklah aku nak mengarut sorang sorang ja actually. Mak aku panggil makan nasik dah tuh, lambat habis plak dirembat musang. Babai seyusun :-)

5 comments: