Friday, August 24, 2012

Blog dan aku

Blog aku sumpah jakun!
Apa barang weh template pakai daun buluh?

Tengok budak budak SWAG diluar sana, semuanya blog dah ada skin,skin pulak bukan sebarang skin,siap bercorakkan kain pelikat raya bapak sendiri lagi. Komen Tyka Atika. Cursor pun bentuk misai dan motorsikal. Aku? Aku?

Kadang kadang bila bukak blog sendiri aku gelak hilai hilai setengah mati kerana blog aku sangat Muadzam Shah.
Tahu apa tu Muadzam Shah? Ha, tanya budak budak poli muadzam shah, mesti mereka ada jawapanya. Dahtu cuba tengok tepi tu. Bukan tangan kedada mata keatas. Tu mata kekiri. To the left to the left. Konon konon nak bubuh lagu lah, sekali bukak lagu tak jalan, yang jalan lampunya sahaja dah macam lampu radio kereta dah aku tengok. Orang zaman sekarang mana pakai lagu dah, orang pakai letak radio ja weh. Bila bukak blog sendiriik boleh senyum sorang sorang sebab blog sendiri dah macam laman web Jakim, ada radio. *eh ya eh?

Yalah.. aku blogger zaman jepun dulu tuh, mana kenal skin skin semua ni. Dah lama aku tinggal blog, sekali nak bukak, kan dah tersign up pakai email baru. Tak sengaja sangat sangat haha.

Oklah aku nak mengarut sorang sorang ja actually. Mak aku panggil makan nasik dah tuh, lambat habis plak dirembat musang. Babai seyusun :-)

Bowling dan raya

Hehe, haritu, ehem, kelmarin 23/8/2012 aku main bowling dengan kawan kawan sekolah rendah, alang, akmal, nurul, alin, liana ngan aida. tapi yang main sikit ja. Ala, bagi hilang ketagih. Lagipun dah lama tak jumpa. Hehe. Aku dapat nombor dua. Often taw! Kihkih. Walaupun bowling aneka macam tahi kualitinya, tapi macam aku tulis diatas, setakat nak lepas gian bolehla. 


skor yang tak menipu. Sukar nak diakui Alang kidal tapi terror :/
Nurul yang pakai jubah pun hampir hampir mengalahkan aku. 
   
Bahaya bahaya, so aku merubah diri aku ke bentuk yang lebih light, iaitu bentuk ipar duai Inuyasha *sila rujuk gambar dibawah. Lalu aku menang. *Alhamdullillah 


Thursday, August 23, 2012

Sila rujuk tarikh raya


Well today I'm cirited.
Ah cut that crap.

As everybody know, just more 3 days left for me being here. Dan tak lama lagi aku akan menghabiskan sepenuh sisa hidupku berusia 1 minggu di Kedah syurga duniaku. Well, raya kan? *senyum senget kejit mata.
Hurm, hell yeah, dah nak raya nampaknya dah nak genap sebulan aku, kau, dia, mereka, kekasih lama, ehm, berpuasa.

*Skip


Duduk di sini, sini, sini, maksud aku dekat politeknik ni, buatkan aku rasa macam macam. Susah nak tafsir. Aku pun pelik dan tertanya, macam mana kejap aku boleh rasa bahagia dan pada masa yang sama rasa dendam dan marah. Aku rasa sunyi kat sini. Serius sunyi.
Walaupun kawan kawan ramai, assignment pun meriah, aku tetap rasa sunyi.
Tahla aku pun tak paham dengan diri aku. Aku tulis ni pun aku rasa serabut. Aku perlukan mak. I feel bad being here. Jiwa aku gundah gulana. Aku selalu rasa tak lengkap walaupun ada yang melengkapkan. Aku rasa apa yang aku lalui kat sini, kehidupan aku, aku rasa kosong dan penuh kepura-puraan. Pergi kelas tapi macam satu pun aku tak paham. Kenapa eh?


Pelik. Semester ni lah aku rasa macam ni. Macam aku asyik ulang, ulang, ulang dan ulang, semester ini merupakan semester yang maha susah. Susah bangat. Kelas Strength Of Material aku macam orang buta cuba ambil gambar. See? Kelas PD nak melukis. Kelas PDD nak buat projek. Projek, projek, dan projek.  Kelas Material Technology nak menghafal apa apa apa benda tu.  Aku tah tahu aku boleh bawak atau tak. Allah, give me strength.


*dipendekkan cerita si penulis telah mendapat hidayah dan makin mendekatkan diri kepada Allah.
AKU AKAN BERUSAHA SEMESTER NI. AKU AKAN BUKTIKAN KEPADA SEMUA  AKU BOLEH. OH YEAHH.


Tapi, dari mana aku nak dapatkan kekuatan tu? T_T

nampak dak aku gila tu nenonenoneno