Friday, June 22, 2012

budak yang berubah

Adala budak tu. Dia cuti 2 bulan jadi dia menjadi seorang penyangak berkaliber di kampungnya.Bangun entah pukul berapa dah bangun online memanjang mandi pun jarang jarang dan kadang kadang. Emaknya dah tak larat nak menasihatinya agar bertaubat dan mandi di awal pagi setiap hari supaya tidak berlaku komplikasi serangan jantung atau demam denggi *tak ada kena mengena cuma nak dramatik sikit. Tapi beliau hanya membalas dengan kata kata nista eh tipu tipu mana ada dia cuma menjawab "Ala mak ni relax la awal lagi nanti besok besok orang mandila.." 


Emaknya hanya mampu menggeleng kepala tanda sudah puas hati dengan jawapan anaknya itu. Tetapi emaknya masih belum mengalah " Nanti sakit demam baru tau jangan cari mak nak pulak nak ngadu" Si anak hanya tersenyum dan berfikir dalam otak "Eh aku rasa dalam rumah ni aku la paling sihat, abang aku ada resdung, adik aku penah ada demam kuning waktu kecik kecik dulu, mak aku kena pakai spek sebab matanya tak jelas, ayah aku pernah ada batu karang. Hi hi hi. Maknanya aku paling sihat, aku jarang demam, sakit kepala pun jarang walaupun selalu tidur lambat dan tidur banyak waktu siang. Hik hik." Ketawanya dalam hati dengan megahnya tanpa berfikir ALLAH mampu mendatang sakit dan sihat dalam sekelip mata. 


Esoknya dia bercadang untuk menghabiskan masa cutinya dengan melakukan perkara sia sia yakni menonton movie movie yang didownloadnya secara haram. Dan seperti biasa, dia tidak mandi dahulu, mandinya hanya pada pukul 7 petang eh sungguh teruk perangai budak itu ya. Sama sama kita doakan dia kembali ke jalan yang benar. 


Tiba tiba dia berasa sesuatu di kepalanya yang tak dapat dia terjemahkan untuk tontonan awam. Dia berasa seperti emaknya yang selalu menumbuk sambal belacan menggunakan lesung batu untuk menumbuk otaknya secara bertubi tubi, rasanya juga seperti urat urat kepalanya ditarik tarik dan dikumpulkan seperti benang kusut. Dia menekan nekan kepalanya dengan kuatnya sambil merintih kesakitan keseorangan ditemani kucingnya Taim (nama sebenar) Kesakitan itu berkekalan sampai kepetang.


Dipendekkan cerita, tanpa perlu bertanya kepada ibunya, dia seakan tahu sendiri bahawa sakit kepala yang datang tiba tiba itu adalah kerana tabiatnya yang suka mandi lewat. Keesokan harinya budak itu pun berubah menjadi anak yang rajin mandi awal dan mendengar kata kata ibunya. Tak cukup dengan itu, dia turut rajin berkebun menanam poko jagung dibelakang rumah. Katanya nak makan pada hari raya nanti. 


The End

Monday, June 18, 2012

yan kawanku

aku ada kawan baik. nama dia yan. aku tak penah jumpa kawan sebaik dia. haritu aku dapat poli aku nangis satu malam sebab aku tak pernah duduk jauh dengan dia. hik hik sunguh gedik.

sekian terima kasih :)
nilah dia. cantik kan?