Friday, June 28, 2013

Aku tak tahu kita apa tapi yang aku tahu aku sayang hang gila.

Monday, December 3, 2012

ohmaiii

Avenged Sevenfold
Muse
Epica
Rage Against The Machine
System Of A Down
Black Sabbath
Good Charlotte
Asking Alexandria
Alesana
The Cake
Billy Talent
Children Of Bodom
My Chemical Romance
Panic At The Disco
Arctic Monkey
The Strokes
The Prodigy
Nightwish
Sum41
Radiohead
Nirvana
Green Day
Linkin Park
Jack Black
Ingat dia → nak text → fikir balik → dia dah bahagia tanpa kita → baca mesej lama → rindu → pejam mata → jatuh air mata :')



ambik dekat facebook. rasa nakkk sangat post menatang ni. sebak, kan? 

*i can be gediks sometime

Tuesday, November 13, 2012

Aku terlalu kuat berkhayal

Pernah tak pernah tak, rasa macam nak 

1) Jadi halimunan dan ngintai orang yang kita nak intai.

2) Terbang ke satu tempat ke satu tempat.

3) Cakap atas pentas macam pentas tu abah kita punya dan penonton penonton tu semua lembu dan haiwan ternakan jiran kita.

4) Jawab matematik dan Strength Of Material atau Kimia dengan lajunya macam dalam cerita omputih dimana budak nerd lebih penting dari pihak polis. eh?

5) Bila berjalan, semua benda yang kita nak akan terpelanting kat kita ikut kehendak otak. Contohnya neck tie. Eh aku tak pakai neck tie. Ehm, duit. boleh?

6) Bela doraemon?

7) Masa terhenti dan kita boleh buat apa yang kita nak. Aku nak.. aku nak.. muehehehehehe

8) Apa yang kita teka selalu tepat dan kita pun jawab "eh mana ada bijak, aku teka ja hehe *gosok gosok kepala malu malu"

9) Update blog tapi tiba tiba nak terberak macam tiada hari esok.


Monday, November 12, 2012

Final o final

Final lagi beberapa hari aku tak study lagi. Cantik tak pantun aku? Ewah salam tak bagi nak buat main main pasal final. 

Assalamualaikum~

19/11 ni present projek secara habis habisan. Report nak jugak. Panel nak jugak. Ini PDD.

PD? tak nampak rupa lagi. Folio, panel, report, present. oh my.. 

Sekarang ni aku dalam study week. Project manager group PDD aku a.k.a Alang tengah ada masalah. Kesian dia, clash ngan awek sampai tak nak makan tak nak hidup pun aku tengok. Aku pesan sama itu pendek a.k.a Zack suruh jaga dia supaya tak masuk paper kang bunuh diri pulak. Zack cakap dia dah ikat Alang kat katil. Err ok bagus, advanced gak pendek ni. Risau aku. Dia sayang gila dengan awek dia. Yang setangnya pempuan tu ah hati cap batu karang tak nak dengar lansung nasihat orang.

Tak apa. Kena kat dia nanti baru dia rasa.

Harapan aku agar projek ni siap hanya bersemi kat Edi. Edi pulak balik Terengganu setelkan lampu beliau. Yan? Din? Aduss. Takkan aku pulak nak siapkan projek tu. Aku dah ada report beratus ms pun tak tertanggung azabnye. 

Kelmarin, aku keluar pegi Segamat nak tengok Istanbul Aku Datang dan jugak beli Big Apple sebab kempunan kalahkan orang mengandung dah. Ok. Dalam perjalanan nak sampai Segamat you know what? Bas aku naik hampir terbalik gara gara sebutir Mpv cuba buat gila. Terasa separuh nyawa aku dah melayang layang macam kertas tisu kat kafe Yon Peng yang nipisnya senipis kulit bawang. Kalau aku mati gara gara Big Apple, boys, you better appreciate  my donuts kay?

Dah kenapa ni Mahirah? Nak final pun ada hati nak ber-Istanbul-Aku-Datang lagi? 

Dah, dah. Jom mandi kawan kawan. 

Friday, August 24, 2012

Blog dan aku

Blog aku sumpah jakun!
Apa barang weh template pakai daun buluh?

Tengok budak budak SWAG diluar sana, semuanya blog dah ada skin,skin pulak bukan sebarang skin,siap bercorakkan kain pelikat raya bapak sendiri lagi. Komen Tyka Atika. Cursor pun bentuk misai dan motorsikal. Aku? Aku?

Kadang kadang bila bukak blog sendiri aku gelak hilai hilai setengah mati kerana blog aku sangat Muadzam Shah.
Tahu apa tu Muadzam Shah? Ha, tanya budak budak poli muadzam shah, mesti mereka ada jawapanya. Dahtu cuba tengok tepi tu. Bukan tangan kedada mata keatas. Tu mata kekiri. To the left to the left. Konon konon nak bubuh lagu lah, sekali bukak lagu tak jalan, yang jalan lampunya sahaja dah macam lampu radio kereta dah aku tengok. Orang zaman sekarang mana pakai lagu dah, orang pakai letak radio ja weh. Bila bukak blog sendiriik boleh senyum sorang sorang sebab blog sendiri dah macam laman web Jakim, ada radio. *eh ya eh?

Yalah.. aku blogger zaman jepun dulu tuh, mana kenal skin skin semua ni. Dah lama aku tinggal blog, sekali nak bukak, kan dah tersign up pakai email baru. Tak sengaja sangat sangat haha.

Oklah aku nak mengarut sorang sorang ja actually. Mak aku panggil makan nasik dah tuh, lambat habis plak dirembat musang. Babai seyusun :-)

Bowling dan raya

Hehe, haritu, ehem, kelmarin 23/8/2012 aku main bowling dengan kawan kawan sekolah rendah, alang, akmal, nurul, alin, liana ngan aida. tapi yang main sikit ja. Ala, bagi hilang ketagih. Lagipun dah lama tak jumpa. Hehe. Aku dapat nombor dua. Often taw! Kihkih. Walaupun bowling aneka macam tahi kualitinya, tapi macam aku tulis diatas, setakat nak lepas gian bolehla. 


skor yang tak menipu. Sukar nak diakui Alang kidal tapi terror :/
Nurul yang pakai jubah pun hampir hampir mengalahkan aku. 
   
Bahaya bahaya, so aku merubah diri aku ke bentuk yang lebih light, iaitu bentuk ipar duai Inuyasha *sila rujuk gambar dibawah. Lalu aku menang. *Alhamdullillah